Oleh : Ikmal Shafiq
Saya cukup tidak berpuas hati dengan sikap dan tindakan pemimpin PAS
mengendalikan isu Negara Islam sehingga membuatkan PAS kini terpencil dari
golongan bukan Islam. Pemimpin PAS tiada keberanian untuk menjawab segala isu yang dikemukakan,
sama ada oleh Mahathir mahupun oleh Lim Kit Siang. Saya tidak pasti apakah badan
penyelidikan PAS tidak berkeupayaan menyediakan deraf jawapan terhadap segala
kemusykilan yang timbul isu negara Islam ini. Sikap menyapi isu ini ke bawah
karpet hanya akan mengundang padah kepada PAS.Generasi kini tidak berkeupayaan
menyediakan deraf jawapan terhadap segala kemusykilan yang timbul berkaitan isu
Negara Islam ini.
Sikap menyapu isu ini ke bawah karpet hanya akan mengundang padah kepada
PAS.Generasi kini tidak boleh lagi menerima jawapan mudah, antaranya: "Tungglah
PAS memerentah, barulah jelas bagaimana konsep negara Islam itu akan dijalankan."
Bagi saya itu jawapan untuk mengelakan diri dan cuba memperbodohkan
khalayak.Pimpinana PAS harus lebih tekun meneliti segala khazanah ilmu untuk
menjawab persoalan yang akan menentukan hidup atau mati PAS. Tapi yang
terpenting ialah dengan menekan bahawa Negara Islam atau akan menjawab isu yang
dirasai bersama, termasuk oelh masyarakat Islam, misalnya soal pegagaihan
kekayaan, penentang terhadap rasuah, kehidupan sederhana,membuat keputusan
penting secara syura, bagaiaman kedudukan wanita, suakn dan seni.
Sikap PAS yang pasif itu memudahkan musuh-musuhnya melebelkan PAS sama
seperti Teleban di Afgahnistandan ini bukan saja menggerunkan bukan Islam tetapi
orang Islam sendiri mula rasa sangsi
Sepatutnya President PAS, menubuhkan satu jawatankuasa khas tentang Negara
Islam ini dan AJKnya hanya menumpukan usaha dan penyelidikan tentang hal Negara
Islam saja, jangan disibukan dengan isu-isu sampingan yang lain. Berikan dana
secukupnya bagi AJK khas ini membuat kerja dan mereka harus dari masa kesemasa
mengadakan program seperti bengkel dan menerbitkan bahan bacaan tentang hal
Negara Islam ini.
Di peringkat permulaan mungkin banyak halangan tetapi ia mesti dimulakan
segera.jika tidak orang akan kata pemimpiun hanya pandai cakap, tapi bikinnya
tidak seberapa. dan cakap itu pula tidak begitu berisi, retoriknya saja yang
lebih.
Saya harap Ustaz Fadzil Noor dapat mengambil inisiatif untuk memulakan benda
yang tertangguh sejak sekian lama ini.Dan ulamak-ulamak PAS pula jangan hanya
sibuk dengan memberi kuliah dan ceramah, mereka juga harus penting bermuzakarah,
berdiskusi dan mencari jalan keluar terbaik.Dan lebih penting para ulamak ini
pula harus lebih rajin menimba ilmu tentang klehidupan meden ini seperti
mengetahui soal perhubungan, masalah kewangan, dsb
senario2
LUTFI MARAH KERAJAAN DEDAHKAN PENERIMA TANAH
Lutfi kata kerajaan ungkit mengenai pemberian tanah macam 'bapak dia punya
harta'. Kenapa sangat marah sebegitu sekali si Lutfi. Apakah beliau tersasangat
apabila KMU dan juga Barisankita mendedahkan Lutfi mendapat tanah dibawah proxy
bernama Zaini.
Apa nak marah sangat jika perkara ini tidak benar Apakah lutfi mungkin kini
menyesal atas perbuatannaya yang langsung tidak mendatangkan faedah malahan cuma
merugikannya. Kini Lutfi lebeh baik melupakan hasratnya sekiranya mahu memohon
tanah dinegeri Selangor.
Mungkin semasa mula-mula mahu menulis isu ini .Lutfi telah memikirkan ada
kemungkinan beliau akan ditawarkan beberapa keping tanah agar beliau tidak
mendedahkan isu ini. Malangnya segala ini tidak berlaku.Kini Lutfi mungkin agak
tertekan apabila segala tekanan yang beliau lakukan tidak menjadi kudis kepada
Menteri Besar Selangor. Sehingga habis satu muka Leman Webnya cuba memujuk
rakyat agar mempercayai apa yang dikatakan, namun semuanya tidak berhasil.
Memo 15 Lutfi juga tidak mendapat sambutan.harapan untuk menjadi jutawan juga
tidak mungkin kesampaian.Kredibiliti cerita -cerita dari lidah Lutfi tidak
mungkin lagi dipercayai. Membaca hasil nukilan Lutfi samalah seperti membaca
cerita donggeng.
"Saya tak puas hati dengan sikap PAS terhadap isu negara Islam."